C919 Buat Pendaratan Sulung di Xizang
Pesawat penumpang bersaiz besar buatan China, C919 menyempurnakan penerbangan dari provinsi Sichuan ke wilayah Xizang pada Khamis, menandakan pendaratan sulungnya di wilayah berkenaan.
Selepas penerbangan selama dua jam lapan minit dari Chengdu, pesawat berkenaan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gonggar Lhasa yang terletak di Dataran Tinggi Qinghai-Xizang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Gonggar bertempat di lembah Sungai Yarlung Zangbo pada ketinggian 3,569 meter dari paras laut.
Dikelilingi gunung-ganang yang curam, kawasan berkenaan mempunyai persekitaran meteorologi yang kompleks dan berubah-ubah sekali gus meletakkan permintaan tinggi kepada prestasi pesawat beroperasi di dataran tinggi.
Di Lhasa, C919 akan menjalani penerbangan ujian penyelidikan dan pembangunan melibatkan beberapa sistem utama serta pemeriksaan kebolehsuaian untuk lapangan terbang 'high-plateau' yang beraltitud 2,438 meter ke atas.