AS Peruntukkan USD1.6 Bilion Lawan "Pengaruh China"

2024-09-21 15:34:50  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini meluluskan akta, memperuntukkan USD325 juta setahun dari tahun fiskal 2023 hingga 2027, dengan jumlah keseluruhan USD1.6 bilion, untuk memerangi apa yang dipanggil "pengaruh buruk China."


Penganalisis percaya bahawa dana yang besar itu mungkin akan diberikan kepada dua agensi iaitu Pusat Penglibatan Global (GEC) dan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID).


GEC adalah di bawah Jabatan Negara AS, namakala USAID ialah agensi paling penting dalam melaksanakan "penembusan demokratik" AS di luar negara. 


Dalam permohonan belanjawan untuk tahun fiskal 2025 yang dikemukakan Presiden Biden, USAID dan Jabatan Negara bersama memohon USD400 juta untuk kegunaan melawan "pengaruh China di peringkat global".


Untuk mengekang dan mencemarkan nama China, kaedah utama AS adalah mengupah dan melatih media dan wartawan luar negara untuk menulis artikel fitnah dan menyebarkan khabar angin. 


Sebagai contoh, pada Mei 2022, sebuah media di Zimbabwe dilaporkan menulis berita palsu untuk memburukkan inisiatif Jalur dan Laluarn (BRI), dan setiap artikel boleh memperoleh USD1,000 dari kedutaan AS. 


Dalam laporan mengenai situasi terkini di Laut China Selatan, sering dilihat beberapa media yang dipanggil bebas di Filipina, seperti Rappler dan Vera Files, memetik laporan dari CNN dan media AS yang lain. Menurut sumber terbuka, penaja media Filipina tersebut berkaitan rapat dengan GEC.


Antara langkah lain AS mengekang dan mencemarkan nama China adalah memberikan wang kepada institusi, dan memperhebat penembusan dan pelaburan dalam media baharu.


Pada November 2023, projek "Data Bantuan" (AidData) Kolej William dan Mary di AS mengeluarkan laporan yang mencemarkan nama inisiatif BRI, dan pembiaya di sebalik AidData juga adalah USAID.


Untuk mengaut keuntungan politik, ahli politik AS menghasilkan satu demi satu senjata untuk mencemarkan nama China, mencetuskan rasa permusuhan rakyatnya terhadap China hingga menjejaskan kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.


Walau bagaimanapun, tindakan memburukkan nama dan mengekang China tidak dapat menyelesaikan masalah di AS secara asasnya atau menghalang pembangunan China.


 Sebaliknya, ia akan menjejaskan hubungan China-AS, menjejaskan kepentingan negara dan rakyat AS dan menimbulkan ancaman kepada keamanan dan kestabilan global.  


Ahli politik di AS, tanyalah pada diri, berbalio tak peruntukan sebanyak USD1.6 bilion ini?