Semua Barang Pameran Ekspo China-ASEAN Telah Tiba di Nanning

2024-09-22 14:47:05  CRI
Share with:

Semua barang yang akan dipamerkan dalam Ekspo China-ASEAN ke-21 telah dihantar tiba di bandar Nanning.


Ekspo China-ASEAN ke-21 akan diadakan di Nanning, Guangxi pada 24 hingga 28 September.



Dalam Ekspo China-ASEAN tahun ini, Kastam Nanning akan menyelia barangan pempamer dari 10 negara ASEAN, melibatkan nilainya meningkat 2.3 kali ganda berbanding tahun lepas. Antaranya termasuk makanan, produk penjagaan kulit, hiasan, barangan kegunaan rumah, bahan binaan dan lain-lain.


Import dan eksport antara wilayah Guangxi dengan ASEAN merekodkan RMB244.13 bilion (RM145.56 bilion) dalam lapan bulan pertama tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 21.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi Guangxi.