Xi Ucap Selamat Menyambut Festival Menuai Petani China
Menjelang ketibaan festival menuai petani China ke-7, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat Parti mengucapkan selamat menyambut festival itu, dan menyampaikan mogaan baik kepada golongan petani dan mereka yang berkhidmat dalam sektor pertanian dan kawasan luar bandar.
Xi menekankan bahawa dalam usaha mempromosikan modenisasi ala China, usaha harus dipergiat untuk mengukuhkan asas pertanian dan mendorong pembangunan komprehensif di kawasan luar bandar.
Beliau berkata, jawatankuasa Parti dan kerajaan pelbagai peringat dikehendaki melaksanakan pengaturan Jawatankuasa Pusat Parti mengenai kerja pertanian, kawasan luar bandar dan petani, memastikan jaminan bekalan bahan makanan dan hasil pertanian yang penting, sedaya upaya untuk meningkatkan keberkesanan pertanian, menambah pendapatan petani dan mengintensifkan pembanguan di kawasan luar bandar demi membawa manfaat yang benar kepada golongan petani.