Sidang Kemuncak Masa Depan PBB Buka Tirai
2024-09-23 16:04:18 CRI
Sidang Kemuncak Masa Depan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuka tirainya di New York pada Ahad.
Persidangan itu meluluskan Pakatan Masa Depan yang bertujuan terus mengembangkan rangka multilateral, menyesuaikan diri dengan pembangunan masa hadapan dan membina dunia yang selamat, aman, adil, saksama, inklusif, mampan dan makmur.
Pakatan berkenaan meliputi lima aspek utama iaitu pembangunan mampan dan pembiayaan pembangunan, keamanan dan keselamatan antarabangsa, sains, teknologi, inovasi dan kerjasama digital, belia dan generasi akan datang serta transformasi tadbir urus global.