Empat Maut Kejadian Tembakan di Alabama
2024-09-23 11:58:17 CRI
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian tembakan di Birmingham, negeri Alabama Amerika Syarikat (AS) pada malam Sabtu.
Pihak polis Birmingham berkata insiden itu berlaku di satu blok jalanan yang riuh-rendah membabitkan beberapa penembak yang melepaskan tembakan ke arah orang ramai.
Menurut Arkib Keganasan Senjata (GVA), setakat 22 September, terdapat lebih 400 kejadian tembakan besar-besaran yang melibatkan sekurang-kurangnya empat mangsa, sama ada terbunuh atau cedera di seluruh AS.