Ding Xuexiang Hadir Perasmian CAEXPO ke-21 Esok
Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri Ding Xuexiang akan hadir menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di Nanning, wilayah Guangxi esok.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan menerusi pautan video, menurut jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah pemimpin asing dan pegawai kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri Kemboja Vongsey Vissoth, Timbalan Perdana Menteri Laos Kikeo Khaykhamphithoune, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Vietnam Ho Duc Phoc, serta Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn.