Kapal Hospital 'Peace Ark' Selesai Lawatan di Republik Congo

2024-09-23 15:08:46  CRI
Share with:

Kapal hospital 'Peace Ark' milik Tentera Laut China bertolak dari pelabuhan Pointe Noire selepas menyelesaikan lawatan di Republik Congo pada pagi Ahad.


Dalam lawatan selama tujuh hari, kapal hospital itu memberikan sebanyak 4,450 perkhidmatan diagnosis dan rawatan selain menjalankan 127 pembedahan untuk para pesakit.


Kapal berkenaan meneruskan perjalanan ke Gabon yang merupakan destinasi kelapan dalam 'Misi Harmoni-2024'.