Kraftangan Inovatif: Guna Rambut Menyulam di Jiangxi
2024-09-23 11:35:19 CRI
Teknik Menyulam dengan Rambut yang tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara di peringkat provinsi Jiangxi, mempunyai sejarah hampir 500 tahun lebih.
Tao Yonghong, pewaris generasi ketujuh belas teknik tersebut, mahir dalam menghasilkan karya sulaman yang coraknya pelbagai melibatkan landskap alam, figura, bunga-bungaan dan burung, dengan menggunakan rambut sebagai benang sepanjang proses menyulam.
Sebagai seorang pewaris teknik tradisional, Tao pandai menambah elemen-elemen kreatif yang tersendiri ke dalam karyanya untuk membangkitkan nostalgia.