Keunikan Masyarakat Majmuk di Malaysia Pikat Pelancong dari China

2024-09-23 15:28:02  CRI
Share with:

Berkat dasar pengecualian visa antara China-Malaysia dan pelaksanan siri inisiatif pemasaran yang aktif kerajaan Malaysia, Malaysia yang mempunyai sumber alam semula jadi dan kaya dengan warisan budaya yang unik kini semakin digemari rata-rata pelancong dari negara Tembok Besar.


Untuk rekod, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan ketibaan 27.3 juta pelancong pada 2024 dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM102.7 bilion.


Pada tiga bulan pertama, iaitu Januari hingga Mac tahun ini menyaksikaan ketibaan 5.8 juta pelancong ke Malaysia. Iaitu pertumbuhan 32.5 peratus berbanding 4.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Dengan sebahagian besarnya dipacu oleh jumlah kehadiran pelancong dari negara China.


Pada separuh pertama tahun ini, jumlah pengembara China yang melancong Malaysia mecatat hampir 1.45 juta, menokok 1.9 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas. 


Pada Jun tahun ini sahaja, bilangan ketibaan pelancongan dari China mencecah hampir 265,000 orang.