"Pulu", Kain Tenunan Tangan Tradisional Tibet
2024-09-24 14:57:39 CRI
Kaunti Gyangzê di wilayah Xizang terkenal dengan produk "Pulu", iaitu sejenis kain bulu tradisional buatan tangan yang popular dalam kalangan penduduk Tibet.
Sebelum dijadikan bahan mentah untuk menghasilan "Pulu", bulu lembut di bawah leher biri-biri perlu diproses melalui pelbagai langkah seperti pembersihan, penyisiran, pencelupan, pemintalan dan penenunan. "Pulu" yang sudah siap dibuat biasanya kelihatan berwarna-warni dan mempunyai pelbagai corak.
Ketika buat kali pertama membuat penampilan dalam Pameran Reka Bentuk Barangan Isi Rumah Fesyen Paris pada tahun ini, seni "Pulu" turut mendapat sambutan baik dari para pengunjung.