Inflasi Teras Entiti Membangun Asia Makin Reda: ADB
Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam laporannya mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik mencatat 5 peratus pada 2024 dan 4.9 pratus pada 2025.
Menurut laporan Prospek Pembangunan Asia 2024 yang disiarkan ADB pada Rabu, ekonomi China diunjur berkembang sebanyak 4.8 peratus bagi tahun ini dan 4.5 peratus bagi tahun depan.
Laporan itu menyebut pertumbuhan entiti ekonomi membangun di Asia mengekalkan kedinamikan pada separuh tahun pertama, sementara inflasi terus menurun dan inflasi teras semakin reda hingga mencapai paras pra-pandemik.
Untuk tempoh sama, sektor eksport menyaksikan pertumbuhan yang stabil, terutamanya didorong oleh prestasi syarikat teknologi serta China.
Pasaran kewangan pula menunjukkan keupayaan yang kuat dalam menahan tekanan dan mata wang pelbagai negara pada asasnya kekal stabil.