Pasukan Pengaman China Selesai Misi EOD di Lubnan

2024-09-25 15:07:16  CRI
Share with:

Unit kejuruteraan pasukan pengaman kumpulan ke-22 China ke Lubnan berjaya menyelesaikan tugas pelupusan bahan letupan (EOD) membabitkan peluru roket bersaiz 122mm di berek batalion Ghana pada Ahad. 

Dijalankan atas perintah sementara markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), misi berkenaan membantu menjamin keselamatan nyawa dan harta benda pasukan pengaman Ghana.


Sejak ditempatkan di Lubnan pada Disember tahun lepas, unit kejuruteraan pelbagai fungsi itu ditugasi melakukan misi EOD di bahagian barat Lubnan.