China Perkenal Langkah Sokong Pembangunan Mampan Pasaran Modal

2024-09-25 16:33:48  CRI
Share with:

China akan melaksanakan pelbagai langkah untuk terus menyokong pembangunan mampan pasaran modal, kata ketua Pentadbiran Kawal Selia Kewangan Negara (NAFR) Li Yunze.


Langkah berkenaan termasuk memperluas program rintis pembaharuan pelaburan jangka panjang melibatkan dana insurans, menyokong institusi insurans yang layak menubuhkan dana pelaburan sekuriti persendirian dan meningkatkan pelaburan terhadap pasaran modal.


Usaha akan dilakukan untuk membimbing syarikat insurans mengoptimumkan mekanisme penilaian mereka dan menggalakkan dana insurans menjalankan pelaburan ekuiti jangka panjang.


Sementara itu, syarikat pengurusan kekayaan dan syarikat amanah digalak meningkatkan pembinaan keupayaan dalam melakukan pelaburan ekuiti, mengedarkan lebih banyak produk ekuiti jangka panjang, menyertai pasaran modal secara aktif serta memupuk dan mengukuhkan 'patient capital' melalui pelbagai saluran.