Jangan Hakimi Orang Lain Ikut Nilai Sendiri
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mencadangkan peraturan baharu untuk mengharamkan penggunaan perisian dan perkakasan dari China pada kenderaan di jalan raya AS.
Langkah itu turut menimbulkan keraguan dan kritikan meluas daripada masyarakat antarabangsa.
Setiausaha Agung Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) Cui Dongshu berkata perisian dan perkakasan China dalam sektor kenderaan bersambung pintar (ICV) dihasilkan secara besar-besaran dan memenuhi piawaian antarabangsa, manakala rantaian bekalan berkenaan adalah paling selamat dan paling efisien.
Larangan AS itu merupakan satu kesalahan yang serius kerana ia sebenarnya amalan 'cantas hubungan' yang akan membawa lebih banyak ketidakpastian kepada industri automotif global.
Daripada larangan import kereta siap dipasang sepenuhnya (CBU) hingga sistem dan komponen, AS menyasarkan keseluruhan rantaian perindustrian kenderaan elektrik (EV) dan kereta pintar China.
Pada pandangan Reuters, objektif perbuatan seumpama adalah untuk menghalang kenderaan buatan China yang berdaya saing daripada memasuki pasaran AS.
Penganalisis berpendapat, larangan berkenaan memperlihatkan sifat AS yang suka menghakimi pihak lain berdasarkan nilai diri sendiri.
Pengarah Pusat Pembangunan Lestari di Universiti Columbia, profesor Jeffrey Sachs menganggap kerajaan AS mungkin memprojeksikan perisian hasad yang dipasang sendiri dalam sesetengah sistem bersambung.
Hakikinya, ada niat politik di sebalik perbuatan itu. Profesor Universiti Hal Ehwal Luar China (CFAU) Li Haidong berkata tindakan mengaitkan aktiviti ekonomi normal dengan 'keselamatan negara' merupakan amalan yang sering kali dilakukan politikus AS untuk memburuk-burukkan dan menindas China.
Ahli ekonomi terkenal dari AS, Joseph E. Stiglitz menyatakan bahawa bukan China melanggar peraturan perdagangan, sebaliknya AS yang melakukan kesilapan strategik.
Inovasi teknologi serta ciri-ciri keselamatan dan kebolehpercayaan membolehkan industri automobil China terus mendapat tempat di pasaran.
Usahlah AS membuat spekulasi yang tidak wajar mengenai China hanya berdasarkan laluan yang ditempuhi sendiri.