Corak Masa Depan Lebih Indah Jadi Tumpuan Dunia

2024-09-26 14:48:24  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Masa Depan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung selama dua hari bermula 22 Sept merupakan antara mesyuarat peringkat tinggi PBB yang paling penting buat tahun ini.


Berdepan risiko dan cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bagaimana umat manusia berjuang mencorakkan masa depan lebih indah menjadi perkara yang dipertimbangkan semua.


Dalam persidangan itu, semua pihak sebulat suara menerima pakai 'Pakatan untuk Masa Depan' dengan pakatan digital global dan deklarasi mengenai generasi akan datang sebagai lampirannya.


Pakatan berkenaan memberikan fokus kepada lima aspek utama iaitu pembangunan mampan, keamanan dan keselamatan, inovasi teknologi, belia dan generasi akan datang serta tadbir urus global, dengan sebanyak 56 pelan tindakan dikemukakan.


Ia dianggap sebagai dokumen 'batu tanda' yang menggariskan cetak biru pembangunan dunia pada masa depan.

Menteri Luar China Wang Yi ketika berucap pada sidang kemuncak itu menyeru semua negara menjaga sistem antarabangsa berteraskan PBB, melindungi hak dan kepentingan sah negara membangun serta menggalakkan globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.


Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyifatkan China sebagai tunggak utama dalam mempraktikkan multilateralisme.


Menurut Guterres, tujuan mengamalkan multilateralisme adalah untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Sekiranya visi komuniti berkongsi nasib sesama insan dipraktikkan lebih meluas dalam masyarakat antarabangsa, pelbagai cabaran global yang dihadapi manusia ketika ini diyakini dapat dirungkai dengan lebih efektif.