Thailand Terima 25.41 Juta Pelancong Asing

2024-09-26 12:38:34  CRI
Share with:

Thailand menerima ketibaan 25.41 juta pelancong asing dari 1 Januari hingga 22 September 2024 sekali gus menjana pendapatan pelancongan sebanyak 1.19 trilion baht (RM150 bilion).


Menurut Menteri Pelancongan dan Sukan Sudawan Wangsuphakijkosol, rakyat China mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand iaitu seramai 5.108 juta orang, diikuti Malaysia, India, Korea Selatan dan Rusia.


Sudawan berkata pihaknya menanti-nantikan semakin ramai warga China mengunjungi Thailand sempena percutian Hari Kebangsaan yang akan datang.