Pesta Filem Jalan Sutera Ke-11 di Xi'an
Pesta Filem Antarabangsa Jalan Sutera Ke-11 telah dirasmikan di bandar Xi'an, barat laut China baru-baru ini.
Sebanyak 489 tayangan filem membabitkan 17 pawagam, 12 institusi pengajian tinggi dan 113 lapangan dalam taman perumahan direkodkan semasa berlangsungnya pesta tersebut.
Pesta yang diadakan secara hibrid itu mempunyai skala yang paling besar, kualiti filem yang paling tinggi, dan potongan harga tiket yang paling banyak dalam sejarahnya. Selain sesi penayangan untuk animasi, dokumentari, filem klasik, dan filem yang berlatarbelakangkan Jalan Sutera, terdapat lagi dua segmen yang istimewa, iaitu "Minggu Samarkand, Uzbekistan" dan "Tayangan Khas bagi Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik China-Perancis".