Laporan Keadaan Navigasi dan Lintas Terbang di Laut China Selatan Disiar

2024-09-27 14:23:47  CRI
Share with:

Laporan mengenai keadaan navigasi dan lintas terbang di Laut China Selatan disiarkan menerusi platform kumpulan pemikir, Inisiatif Penyelidikan Situasi Strategik Laut China Selatan (SCSPI) di Beijing pada Jumaat.


Laporan itu menyebut, Laut China Selatan merupakan laut yang paling sibuk, paling makmur dan paling terbuka di dunia. 


Seiring perkembangan pesat ekonomi China dan Asia Tenggara, Laut China Selatan serta kawasan sekitarnya semakin menjadi laluan pengangkutan laut dan udara yang paling sibuk, menyaksikan kehadiran ribuan kapal dan pesawat setiap hari.


Bagi rantau malah dunia, ia umpama nadi yang mempengaruhi pembangunan dan kemakmuran ekonomi.