China di Tangga ke-11 Indeks Inovasi Global

2024-09-27 14:28:35  CRI
Share with:

China berada di kedudukan ke-11 daripada lebih 130 entiti ekonomi bagi indeks inovasi global 2024, naik satu anak tangga berbanding tahun lepas, menurut laporan dikeluarkan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Khamis.


Prestasi itu sekali gus menjadikan China kekal sebagai satu-satunya entiti berpendapatan sederhana yang menduduki 30 tangga teratas dalam laporan berkenaan.


Laporan itu menunjukkan Switzerland, Sweden, Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Britain masing-masing menduduki lima tempat teratas, manakala China, Turkiye, India, Vietnam dan Filipina merupakan entiti ekonomi dengan daya inovasi berkembang paling cepat dalam tempoh sedekad lalu.