Forum Komunikasi Pintar Antarabangsa China 2024 Berlangsung di Wuxi

2024-09-27 11:33:12  CRI
Share with:

Forum Komunikasi Pintar Antarabangsa China 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG) bersama kerajaan tempatan provinsi Jiangsu berlangsung di bandar Wuxi pada Khamis.


Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap merasmikan forum itu berkata tahun 2024 menyaksikan ledakan teknologi pintar dengan pengaplikasian yang semakin meluas dalam pelbagai sektor.

Menurut beliau, selain menceritakan kisah perjuangan China ke arah pemodenan, CMG juga komited menerajui transformasi media serta membina platform pertukaran baharu menerusi komunikasi pintar.

Presiden Yayasan Prospektif dan Inovasi yang juga bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin dalam ucapannya melalui pautan video meluahkan harapan supaya semua pihak bersinergi mengoptimumkan kelebihan komunikasi pintar sehingga memainkan peranan lebih besar untuk mendorong pembangunan dan kemajuan sosial.