Xi Galak Pekerja CFHI Terus Asah Kemahiran, Semarak Semangat Artisan
2024-09-28 15:55:09 CRI
Presiden China Xi Jinping menggalakkan pekerja sektor perindustrian untuk terus menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan ke arah membina negara kuat dari segi perkilangan dan memacu kebangkitan kawasan timur laut.
Kata-kata galakan itu dititipkan beliau menerusi surat balas kepada wakil pekerja dari China First Heavy Industries (CFHI), sebuah syarikat pengilang kelengkapan yang berpangkalan di bandar Qiqihar, provinsi Heilongjiang.
Xi berharap warga CFHI mengekalkan niat asal untuk berbakti kepada negara dengan kemahiran dikuasai, menyemarakkan semangat artisan, mengasah kebolehan diri dan terus menyumbang kepada kemajuan timur laut.