Israel Digesa Bertindak Segera Redakan Situasi: MFA

2024-09-29 16:17:55  CRI
Share with:

China menggesa pihak terbabit khususnya Israel mengambil tindakan segera untuk meredakan situasi dan mengelak konflik daripada terus merebak malah sampai tidak terkawal.


Gesaan itu dibuat menerusi Kementerian Luar (MFA) susulan Israel melancarkan serangan udara terhadap Beirut, menyebabkan pemimpin Hizbullah Sayyed Hassan Nasrallah terkorban.


MFA berkata China menentang amalan mencabuli kedaulatan dan keselamatan Lubnan serta segala tindakan yang membahayakan rakyat tidak berdosa.


China juga membantah segala perbuatan yang menyebabkan pertentangan dan ketegangan rantau terus meruncing.