Tinjauan CGTN: Tahap Kesukaan Global Terhadap China Terus Meningkat

2024-09-29 15:33:11  CRI
Share with:

Satu tinjauan dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China menunjukkan, tahap kesukaan atau 'favorability' para responden terhadap China terus meningkat dengan pujian diberi membabitkan sektor ekonomi, teknologi dan budaya serta pengaruh di peringkat antarabangsa.


Tinjauan itu mendapati 92 peratus responden mengiktiraf China sebagai sebuah kuasa yang penting, naik 1.4 mata peratusan berbanding tahun lepas.


Sebanyak 89 peratus responden melihat China sebagai negara berjaya, manakala 77.8 peratus menganggap China sebuah negara yang disegani.


Di mata 72.7 peratus responden, China merupakan sebuah negara yang mempunyai daya tarikan.


Sebanyak 72.6 peratus responden dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun dan 73.1 peratus lagi yang berumur 25 hingga 34 tahun memuji sistem politik China sebagai berjaya.


Tinjauan pendapat umum itu menarik penyertaan 16,400 responden dari 41 negara membabitkan Amerika Utara, Eropah, Afrika, Oceania, Asia Tenggara dan lain-lain.