Teknologi Digital Pacu Perkhidmatan Kerajaan Hangzhou ke Arah Pintar

2024-09-30 09:30:19  CRI
Share with:

Kemajuan sains dan teknologi merupakan penggerak yang kuat dalam usaha menggalakkan pembangunan negara dan menaik taraf kesejahteraan rakyat.


Sebagai bandar penting dalam industri ekonomi digital di China, Hangzhou, provinsi Zhejiang giat menambah baik taraf perkhidmatan kerajaan dengan memanfaatkan teknologi digital, sehingga banyak memudahkan kehidupan rakyat dan operasi perusahaan.


Pendekatan pintar berkenaan sekali gus membantu prosedur perkhidmatan menjadi lebih mudah dan cekap.