Pemerkasaan Kerjasama Media Pergiat Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Bersama China-Malaysia

2024-10-07 09:30:41  CRI
Share with:

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) menunjukkan, kerjasama media antara kedua-dua negara, termasuk CMG, telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan persefahaman antara satu sama lain. 


Beliau yang buat julang kalinya mengadakan lawatan kerja ke negara Tembok Besar, memuji hasil pembangunan luar biasa yang telah dicapai oleh China sejak 75 tahun yang lalu. 


Pengalaman China dalam usaha membasmi kemiskinan dan pembangunan mampan patut dipelajari oleh negara-negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.