Xi Perincikan Pendekatan China Kendali Urusan Etnik

2024-09-30 14:38:24  CRI
Share with:

Menjelang ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC), Presiden Xi Jinping menyampaikan anugerah kepada kumpulan dan individu yang menyumbang bakti kepada perpaduan dan kemajuan bangsa.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata sejak ditubuhkan lebih 100 tahun lalu, PKC berjaya meneroka jalan bercirikan China untuk mengendalikan urusan etnik. 

Menurut beliau, pendekatan itu menumpukan kepada kepentingan asas serta kepentingan keseluruhan bangsa China, menyaksikan semua etnik bersatu padu dan berjuang seiringan ke arah maju bersama. 

Prinsip kesamarataan antara semua etnik menjadi pegangan dalam menguruskan hal ehwal berkaitan etnik, manakala pemeliharaan kesatuan negara dan pelaksanaan autonomi etnik merupakan aspek yang disepadukan.

Pendekatan berkenaan membantu bangsa China mewujudkan komuniti berkongsi nasib dengan tahap kesedaran lebih tinggi dari segi identiti serta perpaduan, kata Xi.

Dewan Negara China mengadakan majlis seumpama setiap lima tahun bermula 1988 sebagai menghargai jasa kumpulan dan inividu terhadap perpaduan dan kemajuan bangsa.