15 Tokoh Terima Pingat dan Gelaran Kehormat Tertinggi China
Majlis penganugerahan pingat dan gelaran kehormat negara dilangsungkan dalam suasana penuh hormat dan takzim di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pagi Ahad.
Pingat Republik dianugerahkan kepada empat tokoh iaitu mendiang pakar aeroangkasa, Wang Yongzhi, pakar perubatan dan juga ahli pendidikan, Wang Zhenyi, pakar strategi pembangunan pertanian yang merintis teknik pembiakan benih gandum menerusi penghibridan jauh, Li Zhensheng serta pahlawan veteran, Huang Zongde.
Sepuluh individu yang membuat sumbangan cemerlang dalam bidang sains dan teknologi, pertahanan, kesenian, kejuruteraan, pendidikan, perubatan, ekonomi, sukan dan lain-lain menerima gelaran kehormat negara.
Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB) yang juga bekas Presiden Brazil, Dilma Rousseff meraih Pingat Persahabatan atas sumbangan beliau terhadap hubungan China dengan Brazil serta negara Amerika Latin.