PMI Pembuatan China Melantun ke 49.8% pada September

2024-09-30 14:33:22  CRI
Share with:

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan China melantun ke 49.8% pada September, naik 0.7% berbanding dengan bulan sebelumnya.


Dari segi skala perusahaan, PMI bagi syarikat besar, sederhana dan kecil masing-masing 50.6%, 49.2% dan 48.5%, naik 0.2%, 0.5% dan 2.1% bulan ke bulan.


Dilihat dari lima komponen PMI sektor pembuatan, indeks pengeluaran berada di atas ambang kritikal, manakala indeks untuk empat komponen yang berbaki, iaitu surat tempahan baharu, stok bahan mentah, pekerja dan masa penghantaran bekalan berada di bawah ambang kritikal.


Antaranya, indeks pengeluaran mencatat 51.2%, naik 1.4% berbanding bulan sebelumnya yang berada di bawah ambang kritikal.


Indeks surat tempahan baharu pula mencatat 49.9%, naik 1.0% bulan ke bulan, memperlihatkan permintaan pasaran meningkat sedikit sebanyak.


Dalam pada itu, indeks output PMI komprehensif bagi bulan September mencapai 50.4%, meningkat 0.3% berbanding bulan Ogos, mencerminkan sektor korporat China berada dalam keadaan berkembang.