Aktiviti 'Written in the Sky: My China Story' Berlangsung di AS

2024-09-30 12:10:24  CRI
Share with:


Sesi khas aktiviti budaya 'Written in the Sky: My China Story' berlangsung di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.


Aktiviti anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu dilancarkan sebagai meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC).


Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya melalui pautan video berkata aktiviti itu menarik penyertaan netizen dari lebih 60 negara untuk berkongsi kisah mereka berkaitan China menerusi penulisan surat.



"Walaupun menggunakan bahasa yang berbeza, hasil tulisan mereka menyampaikan perasaan jiwa yang sama. Ia memperlihatkan integrasi mendalam emosi dan budaya dari negara-negara di dunia," kata Shen.


Menurut beliau, pihaknya akan menggalas tanggungjawab untuk mempertingkat pertukaran sosiobudaya antarabangsa, menggerakkan dialog sesama tamadun di peringkat global dan mengukuhkan persefahaman sesama rakyat.



Acara itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Duta Besar China ke AS Xie Feng, Pengerusi Dewan Perniagaan Am China-AS (CGCC) Hu Wei, Presiden Universiti Kean Lamont Repollet, Presiden Gabungan Pertubuhan Bakat Global Denis Simon serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan George H. W. Bush bagi Hubungan AS-China, David Firestein.


Sebanyak 1,255 media arus perdana dari 70 buah negara termasuk AS, Britain, Jerman, Itali, Jepun dan Singapura membuat liputan aktiviti berkenaan.