China dan Dunia Saling Untung Sama Menang dalam Tempoh 75 Tahun Lalu
"Kesemua projek dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dilaaksanakan berdasarkan pertimbangan tentang keberterusan, penggunaan teknologi hijau dan kewangan hijau," demikian dinyatakan Pegawai Kanan Eksekutif (CEO) Persatuan Perdagangan Britain-China, Peter Bonnet pada Forum Perdagangan dan Pelaburan BRI 2024 yang diadakan baru-baru ini. Selain itu, para hadirin bersepakat bahawa BRI anjuran China telah membawa hasil dan peluang kepada dunia. Lebih 150 buah negara dan 30 pertubuhan antarabangsa yang terlibat dalam pelaksanaan BRI telah menebus persamaan untuk memacu pembangunan bersama.
Sempena ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China sejak penubuhannya pada tahun 1949, dunia ini bukan sahaja mengagumi keajaiban negara Tembok Besar dalam merealisasikan pembangunan ekonomi yang pesat, tetapi juga menyaksikan terbentuknya landskap yang saling menguntungkan dan sama menang antara China dengan dunia. China yang lemah suatu ketika dahulu dan pernah terperangkap dalam kancah kemiskinan, sudah berubah menjadi enjin yang penting bagi pertumbuhan ekonomi global, dan memperkasa identiti sebagai ekonomi kedua terbesar, pengeluar terbesar, pedagang kargo terbesar dan pengguna barangan kedua terbesar di persada dunia.
China merealisasikan perkembangan sendiri melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, sekaligus menggalakkan kemakmuran dan kestabilan dunia dengan pencapainya yang dilakar dalam pembangunan domestiknya. Peluang yang dibawa penggerak utama bagi ekonomi sejagat yang mampan ini, selalu dikaitkan dengan kata-kata kunci seperti pasaran, rantaian perindustrian dan pembekalan, inovasi, dan pelaburan.
Tahun 2023 telah menyaksikan pertambahan syarikat pelaburan asing di China sebanyak 53,766, melambung 39.7 peratus, dan pelaburan asing bernilai RMB1.13 trilion (RM664 bilion) dalam kontrak yang terlaksana, yang menduduki tempat kedua dalam ranking dunia. Menurut CEO Adidas Jerman, Bjorn Gulden, pihaknya telah membuka kira-kira 7,500 kedai di China yang dijadikan sebagai keutamaan strategik, yang juga akan dijadikan tempat penganjuran untuk lebih banyak majlis pelancaran perdana produk mereka.
Rantaian perindustrian dan pembekalan adalah jaminan penting bagi pembangunan ekonomi global. Dari "buatan China" sampai "ciptaan China", rantaian pembekalan China yang relevan dengan dunia sudah menjadi semakin lengkap. Dimaklumkan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), lebih separuh kenderaan elektrik (EV) yang dijual dalam senario global merupakan rpoduk buatan China.
Menurut Pertubuhan Perlindungan Intelek Dunia (WIPO) pula, China menaik satu tangga kepada tempat ke-11 dalam ranking inovasi global.
Di samping itu, pelaburan di luar pesisir (ODI) China dilihat sebagai sumbangan besar bagi pembangunan ekonomi setempat, dengan mencecah USD177.29 bilion (RM730 bilion) pada tahun 2023, iaitu menduduki 11.4 peratus keseluruhan dunia, dan juga menjadikan China mempertahankan kedudukan ketiga untuk12 tahun berturut-turut, sekaligus berada di atas paras 10 peratus lebih untuk lapan tahun berturut-turut.
Seperti yang dinyatakan bekas Presiden Brazil, Dilma Rousseff, China telah mencapai kemajuan signifikan pada 75 tahun lalu, dan akan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan pada masa depan yang cemerlang.