Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan Sanjung Peranan CMG, Martabatkan Bahasa Melayu

2024-10-01 16:14:36  CRI
Share with:

Penerima Anugerah Tokoh Persahabatan Kerajaan China sempena Hari Kebangsaan ke-75 negara ini, Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menyanjung peranan yang dimainkan Kumpulan Media China (CMG) dalam memartabatkan Bahasa Melayu. 

Beliau yang merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang menerima anugerah tersebut tahun ini berkata CMG melalui Jabatan Bahasa Melayunya (CGTN Malay) telah melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat Bahasa Melayu khususnya di negara Tembok Besar ini.

“Saya menyanjung peranan Bahagian Bahasa Melayu CRI yang dari awal 1990an sebenarnya 1940an sudah bermula bahagian bahasa Melayu tetapi pengembangan yang cukup nyata pada tahun 1990an sewaktu itu ada kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).”

“Ada penerbitan bersama seperti buku Kenali Beijing adalah biaya daripada CRI terbitan DBP sewaktu saya jadi Ketua Pengarah dan ada terbitan buku Kembara Sutera menunjukkan peranan CRI dalam mengembangkan bahasa Melayu dan ada portal atau laman web dalam CRI sendiri yang berikan ruang kepada saya dan orang lain untuk mengembangkan bahasa Melayu dan kisah-kisah yang terdapat di negara China untuk dikenal oleh orang Malaysia dan kisah dari Malaysia untuk dikenal oleh orang dari China jadi peranan media sangat besar.”

Beliau ketika ditemubual wartawan CGTN Malay berkata kerjasama yang dilakukan dengan media dari Malaysia seperti RTM, Bernama dan Astro ketika ini juga merupakan satu usaha yang berkesan dalam mengembangkan bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu di China dan sebalikna kebudayaan negara China di Malaysia.

Pada masa sama beliau juga berharap Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang proaktif dengan mengundang wakil media dari China untuk mengembara ke Malaysia untuk menikmati dan menghayati unsur-unsur yang penting dan menarik dari negara itu.

“Program kembara yang dibuat sebelum ini dengan mengundang media Malaysia itu satu rancangan yang sangat baik dan itu perlu ditingkatkan lagi di luar sana supaya lebih banyak wakil media Malaysia terutama golongan muda untuk melihat perkembangan negara China dan sebaliknya juga kita berharap kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sama mengundang pihak media China mengembara termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi ada program 2 pihak, media China diundang ke Malaysia begitu juga media Malaysia diundang ke China”.

Sementara itu, mengulas mengenai anugerah yang diterimanya, Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan berkata beliau bersyukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan negara China.

Usahanya selama 30 tahun mengangkat bahasa dan budaya Melayu di peringkat antarabangsa khususnya China dihargai oleh negara Tembok Besar ini.