Sidang Kemuncak WIC 2024 Bakal Dirasmikan di Wuzhen

2024-10-01 14:20:10  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Perhimpunan Internet Dunia (WIC) 2024 bakal berlangsung di Wuzhen, provinsi Zhejiang China pada 19  hingga 22 November.


Dengan menumpukan kepada kecerdasan buatan (AI) dan mengangkat tema "Mencipta masa depan pendigitalan yang berpaksikan rakyat -- menggembleng tenaga membina komuniti berkongsi nasib dalam ruang siber", sidang kemuncak kali ini merangkumi sebanyak 24 forum yang masing-masing melibatkan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), penyelarasan antara transformasi pendigitalan dengan penghijauan, ekonomi digital, pembangunan ekosistem sumber terbuka, tadbir urus data, penguatkuasaan undang-undang, pertukaran dan saling belajar antara kebudayaan siber yang berbeza, pendidikan digital, pembangunan teknologi keselamatan siber dan kerjasama antarabangsa.

 

Menurut seorang pegawai dari Sekretariat WIC, sidang kemuncak di Wuzhen nanti akan terserlah dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang boleh menarik tumpuan sejagat seperti mengadakan majlis penganugerahan "Sumbangan Cemerlang WIC", menubuhkan Suruhanjaya Profesional AI, mewartakan Pelan Kerjasama Kumpulan Pemikir WIC, melancarkan Projek Institusi Pengajian Digital WIC, menganjurkan kursus pengajian untuk bakat siber antarabangsa.

 

Sidang Kemuncak WIC di Wuzhen telah memasuki edisi ke-10 sejak tahun 2014, dan kejayaannya sudah merupakan antara faktor-faktor yang menghimpunkan lebih 1,000 tokoh-tokoh dari kerajaan pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa, konglomerat dalam industri internet dan badan akademik untuk berkongsi pandangan dan menjana impak sosial setiap tahun.