Penganugerahan "Hadiah Persahabatan Kerajaan China" Diadakan di Beijing
Majlis Penganugerahan "Hadiah Persahabatan Kerajaan China" 2024 telah diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.
Ahli Dewan Negara China, Shen Yiqin setelah menganugerahkan hadiah tersebut kepada para pakar asing yang terpilih, bagi pihak kerajaan China mengucapkan tahniah, terima kasih dan salam yang ikhlas kepada mereka dan ahli keluarga yang peka akan pembangunan, pembaharuan dan pembinaan China, malah memberi sokongan serta mengambil bahagian dalam usaha itu.
Shen berkata, modenisasi ala China yang dipergiatkan secara menyeluruh tidak terlepas dari penglibatan tenaga insan yang berbakat. China akan terus memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan, terus menyempurnakan mekanisme jaminan bagi menarik tenaga insan dari luar negara di samping menawarkan pentas yang lebih luas dan memudahkan prosedur dan fasiliti yang terbabit.
Shen berkata kelompok pakar asing dikehendaki terus menceburkan diri dalam usaha modenisasi ala China dan bersama-sama melakar pencapaian baharu dalam menyuburkan persahabatan dan mengeratkan kerjasama dalam kalangan rakyat pelbagai negara.
Seramai 100 orang pakar asing dianugerahi hadiah tersebut pada tahun ini.