Mencari Kebenaran dari Dokumentari "Isu Pelayaran di LCS yang Dikelirukan"

2024-10-01 12:21:10  CRI
Share with:

Laporan mengenai Keadaan Navigasi dan Terbang Lintas di Laut China Selatan (LCS) disiarkan menerusi platform kendalian satu kumpulan pemikir, Inisiatif Penyelidikan Situasi Strategik LCS (SCSPI) di Beijing pada 27 September lalu, dan perangkaan yang berwibawa dari laporan itu turut dijadikan rujukan dalam penggambaran dokumentari  "Isu Pelayaran di LCS yang Dikelirukan" arahan Suara LCS di bawah Kumpulan Media China (CMG).

Para penonton melalui dokumentari ini boleh mendapat pendedahan yang sebenar dan menyakinkan tentang keadaan navigasi dan terbang lintas di LCS, dan melalui peranggkaan yang berwibawa dan penerangan yang terperinci boleh menginsafi bahawa China tidak kalah kepada negara mana-mana pun dalam menghargai kedamaian dan kestabilan di LCS serta sentiasa menghormati dan menyokong kebebasan milik pelbagai negara dalam melakukan pelayaran dan terbang lintas di LCS di sisi Undang-undang Antarabangsa.

Selain itu, dokumentari ini melalui wawancara dengan dua pakar SCSPI menumpukan kepada risiko yang dicetuskan pihak Amerika Syarikat (AS) dalam "mengeksploitasi sentimen panik" di LCS tanpa mengambil kira kemakmuran dan keterbukaan yang sudah wujud di perairan terbabit.

  

LCS sudah berkembang menjadi salah satu nadi utama yang berkaitan rapat dengan pembangunan dan kemakmuran ekonomi serantau bahkan sejagat pada masa ini. Dokumentari ini menyeru agar khalayak ramai boleh mendapat pendedahan yang kondusif tentang kemakmuran dan keterbukaan yang sudah wujud di LCS, yang sering dijadikan isu yang dikelirukan.