Artikel Xi Terbitan Jurnal Qiushi: Semarakkan Semangat Patriotik

2024-10-01 16:06:44  CRI
Share with:

"Menyemarakkan semangat patriotisme, terus memangkin agenda pemerkasaan negara dan mengangkat maruah bangsa", diangkat sebagai tajuk bagi satu artikel Presiden Xi Jinping, yang diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" edisi ke-19 hari ini, yang merupakan koleksi wacana Xi semasa tempoh dari November 2012 hingga Mei 2024.


Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC),  dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam artikel itu berkata, patriotisme adalah teras semangat bangsa China, yang menggalakkan rakyat China berjuang generasi demi generasi untuk merealisasikan pembangunan dan kemakmuran tanah air.


Menurut Xi, hanya dengan berdasarkan kecintaan terhadap PKC dan sosialisme, patriotisme di China barulah boleh mendapat sokongan yang jitu dan pernafasan yang baharu pada zaman ini.


Xi menekankan bahawa hendaklah giat menyemarakkan semangat patriotisme, terus berintegriti mememangkin agenda pemerkasaan negara dan mengangkat maruah bangsa China di persada dunia demi masa depan yang cerah.