Modeniasi Ala China akan Bawa Peluang Baharu kepada Dunia
"Modeniasi ala China merupakan satu jalan pembangunan yang tiada tolok banding pada masa lalu.” Tokoh-tokoh antarabangsa meluahkan rasa kagum sedemikian sempena ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China (RRC).
Bagaimana modenisasi ala China akan dipergiatkan dan apa peluang akan dibawanya kepada dunia, sudah dalam perhatian para pengamat antarabangsa. Jawapan yang terkait boleh didapati dalam ucapan Presiden China, Xi Jinping yang disampaikan pada majlis resepsi yang diadakan di Beijing pada Isnin untuk meraikan ulang tahun ke-75 RRC.
"Mesti mengekalkan pimpinan Parti Komunis China", “mesti mengekalkan ekosistem negara sosialis yang bercirikan China", "mesti mengekalkan pentadbiran yang berpaksikan rakyat" dan "mesti mengekalkan pembangunan secara damai" yang ditegaskan Xi dalam ucapannya dilihat sebagai hala tuju bagi Modeniasi ala China.
Perlunya mengimbau sejarah silam sebelum menjangkau masa depan. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pernah mengulas bahawa China telah menjadi "kuasa yang amat diperlukan dan boleh dipercayai dalam mendorong keamanan dan pembangunan dunia." Dalam tempoh selama 75 tahun yang lalu, China bukan sahaja berjaya memacu pembangunan domestik, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan dunia serta kemajuan manusia melalui Modeniasi ala China.
"Pembangunan secara damai" yang ditekankan dalam Modenisasi ala China dipercayai sangat kondusif bagi kedamaian dan kestabilan dunia. Setakat ini, China adalah satu-satunya negara kuasa besar di dunia yang mempunyai Perlembagaan tentang pentafsiran "pembangunan damai", dan juga satu-satunya negara antara kesemua lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang berjanji tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu.
Presiden Xi dalam ucapan tersebut menegaskan lagi China akan terus memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dengan menyeluruh supaya dapat mendorong pembangunan yang berkualiti tinggi. Ini akan menyediakan ruang kerjasama yang lebih luas kepada dunia.
Seperti yang dikatakan para penganalisis antarabangsa, Modeniasi ala China sebenarnya merupakan satu proses mencipta dan berkongsi peluang. Pada masa hadapan, Modeniasi ala China akan membawa peluang baharu kepada dunia melalui pembangunan yang berkualiti tinggi dan peningkatan tahap keterbukaan.
China yang sudah mengharungi jalan pembangunan selama 75 tahun, akan terus membuktikan bahawa apa yang diperjuangkan negaranya bukan hanya pemodenan demi manfaat negara sendiri, malahan juga pemodenan demi manfaat dunia melalui pembangunan damai, kerjasama yang saling menguntungkan dan kemakmuran bersama.