Xi Ucap Tahniah kepada PM Baharu Jepun
Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Ishiba Shigeru yang mula menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri baharu Jepun pada Selasa.
Xi berkata, hidup bersama secara damai, melakukan kerjasama yang saling menguntungkan berdasarkan persahabatan yang diwariskan generasi demi generasi, dan bersama-sama merintis jalan pembangunan, selaras dengan kepentingan rakyat China dan Jepun, dua negara yang berjiran dan mempunyai kebersamaan dalam latar belakang sejarah dan kebudayaan. Jepun diharap bertindak sehaluan dengan China, mematuhi prinsip dan persepakatan yang terkandung dalam empat dokumen politik yang dimeterai kedua-dua negara, mendorong dengan menyeluruh hubungan strategik yang saling menguntungkan, komited membina hubungan bilateral yang konstruktif dan stabil yang memenuhi keperluan era baharu.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang juga mengutus ucapan tahniah kepada Ishiba Shigeru, dengan menyatakan bahawa kedua-dua pihak dikehendaki bersama memelihara konsensus yang menjadi asas dalam bidang politik, terus menyuburkan persahabatan, memupuk rasa saling percaya dan meningkatkan kerjasama demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.