Jangan Bertindak Balas, Menteri Luar Iran Beri Amaran kepada Israel

2024-10-02 15:19:46  CRI
Share with:

Setelah melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Israel, Iran turut memberi amaran kepada negara itu jangan mengambil tindakan membalas dendam. 

Demikian dinyatakan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi melalui satu hantarannya dalam akaun sosial media awal pagi ini. 

Katanya, Iran telah menggunakan "hak pertahanan diri " menurut fasal ke-51 Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas bersabar selama hampir dua bulan dan berdasarkan pertimbangan bagi memungkinkan gencata senjata di Semenanjung Gaza. 

Tegas Araghchi, tindakan ketenteraan negaranya telah berakhir kecuali Israel mengambil tindakan balas. Jika Israel memilih bertindak membalas dendam, Iran akan memberi respons yang lebih keras dan dahsyat.