Memastikan Hak dan Kepentingan Rakyat Palestin Terjamin - Wakil China
Keadaan hak asasi manusia di Palestin dan wilayah negara Arab lain yang tertakluk sudah dalam perhatian China, yang sejak sekian lama dengan teguh menyokong usaha rakyat Palestin untuk memulihkan hak dan kepentingan bangsa.
Demikian ujar wakil tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu dalam perbahasan umum sidang ke-57 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Rabu.
"China menyeru agar mewujudkan gencatan senjata dengan serta merta, meredakan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan menghentikan apa jua tindakan yang boleh meruncingkan ketegangan situasi serantau," kata Chen.
Beliau menegaskan, masyarakat antarabangsa perlu melaksanakan keputusan Perhimpunan Agung PBB dan UNHRC mengenai perlindungan terhadap hak dan kepentingan rakyat Palestin, mengadakan rundingan damai yang diterajui PBB untuk mendorong penyelesaian isu Palesitn dengan komprehensif, adil dan berkekalan.
"China bersedia berusaha bersama masyarakat antarabangsa konsisten dalam memperjuangkan matlamat itu," tambah beliau.