Pameran Perdagangan dan Pelancongan Xishuangbanna Berunsurkan "Sempadan"
Pameran Perdagangan dan Pelancongan Sempadan Xishuangbanna ke-25 yang berlangsung dari 1 hingga 7 Oktober di bandar Jinghong, provinsi Yunnan China merangkumi dua zon utama untuk produk domestik dan asing, dan 230 gerai kendalian 149 perusahaan pempamer dari dalam dan luar negara.
Pameran yang diadakan bersempena dengan Pesta Kebudayaan dan Kesenian Negara Sepanjang Sungai Lancang-Mekong ini, turut menjadi satu lokasi tumpuan pelancong yang sesuai untuk membeli-belah, menjamu selera dan berhibur semasa sambutan Hari Kebangsaan China.
Zon pameran untuk produk domestik terserlah dengan yang bercirikan tempatan dari daerah sekeliling seperti Xishuangbanna, Dehong, Honghe, Wenshan, Baoshan, Lincang dan Pu'er, manakala zon pameran untuk produk asing dari pelbagai negara termasuk Laos, Myanmar danThailand mengumpulkan bermacam-macam produk yang berprestij seperti kopi luwak Vietnam dan perabot rosewood.