"Demokrasi Rakyat yang Dilengkapi Seluruh Proses", Jaminan Penting bagi Pencapaian China

2024-10-04 16:14:37  CRI
Share with:

Semua amanah Republik Rakyat China (RRC) adalah diberi oleh rakyat. Inil merupakan satu komitmen yang tercatat dalam Perlembagaan China. Sejak penubuhan RRC,  para pengasas negara ini berjaya menjadikan gagasan itu sebagai realiti, iaitu merealisasikan "semua kuasa negara dimiliki rakyat" dan "rakyat menjadi tuan negara", melalui pembentukan dan pengemaskinian sistem dan mekanisme pentadbiran seperti menubuhkan sistem kongres rakyat kebangsaan (NPC), mekanisme rundingan kerjasama pelbagai parti dan majlis mesyuarat politik rakyat kebangsaan (CPPCC).


Dalam pemilihan wakil rakyat peringkat kaunti dan daerah yang dijalankan pada dua tahun lepas, lebih satu bilion rakyat berjaya memilih 2.6 juta wakil. Dalam tempoh berlangsungnya dua Persidangan setiap tahun, iaitu persidangan tahunan NPC dan CPPCC, ini tinggal wakil rakyat menyampaikan cadangan yang terkait dengan pembangunan negara. Boleh dikatakan, demokrasi yang bercirikan China, bukan sahaja dapat dilihat dalam penetapan strategi negara, tetapi juga berkaitan rapat dengan rintihan rakyat. 

Konsep "demokrasi rakyat yang dilengkapi seluruh proses" yang dikemukakan oleh Parti Komunis China (PKC) merupakan yang paling menyeluruh, realistik dan berguna bagi negara sosialis.


Sidang Pleno ketiga Kongres Kebangsaan PKC ke-20 telah menggariskan pelan tindakan yang penting bagi menyempurnakan "demokrasi rakyat yang dilengkapi seluruh proses" dari segi institusi, dan menekankan bahawa ia adalah batu asas bagi modenisasi ala China. "Demokrasi rakyat yang dilengkapi seluruh proses" akan mendapat anjakan dan tujahan secara berturut-turut, manakala rakyat China akan mempunyai hak dan kepentingan yang semakin meluas yang dilihat sebagai jaminan kuat bagi modenisasi ala China. 


Dalam proses tersebut, pasti akan muncul lebih banyak keajaiban pembangunan di China yang boleh dinanti-nantikan rakyat seluruh dunia.