Peka akan Impian Rakyat untuk Kebahagiaan
Xi Jinping selaku Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), sejak sekian lama peka akan rintihan rakyat yang sering dijadikan keutamaan utama dalam agenda pentadbirannya.
Pada September lalu, Xi telah menjalankan tinjauan di provinsi Shaanxi dan Gansu. Ketika menziarahi Li Zongbiao, anggota PKC yang sudah bersara di rumahnya di bandar Lanzhou, Xi berkata bahawa beliau teruja melihat pencapaian yang dilakar pihak berkuasa tempatan dalam bidang penyaraan, perubatan dan perkhidmatan komuniti untuk golongan warga emas, dan usaha perlu dibuat untuk melipatgandakan keberhasilannya.
Menurut Xi, giat memperkasa pembangunan adalah untuk membolehkan rakyat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Beliau pernah berkali-kali menegaskan bahawa "hendaklah melakukan tindakan yang tulen dan pantas demi kemaslahatan rakyat".
Menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat dalam usaha membangunkan negara merupakan tugas penting sepanjang proses modenisasi ala China.