China Penyumbang Utama Keamanan Dunia

2024-10-05 14:50:14  CRI
Share with:

Dalam tempoh 75 tahun sejak penubuhan Republik Rakyat China (RRC), negara yang konsisten dalam menempuh jalan pembangunan secara damai ini berpegang kepada dasar luar yang aman dan berdikari, menjunjung Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, dan sentiasa berperanan sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global, dan pembela orde antarabangsa. 

Di sebalik konflik geopolitik yang berlarutan, defisit pembangunan global yang semakin meningkat, dan orde antarabangsa yang tertempias pada masa kini, China telah mengemukakan cadangan yang serasi, iaitu membina komuniti berkongsi nasib sesama insan bagi mewujudkan pembangunan dalam senario global.


Bekas Presiden Brazil, Dilma Rousseff menyifatkan cadangan ini sebagai memberi nafas baharu kepada Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, dan juga garis panduan kepada pelbagai negara untuk memupuk rasa saling menghormati dan mewujudkan pembangunan bersama.  


Dalam tempoh 75 tahun sejak penubuhan RRC, negara ini tidak pernah melakukan sebarang provokasi untuk mencetuskan peperangan atau konflik, dan juga tidak pernah menceloboh seinci pun wilayah negara lain. Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai yang dikemukakan pada tahun 50-an abad yang lalu telah menjadi norma asas hubungan antarabangsa dan prinsip undang-undang antarabangsa.

Pada masa yang sama, China secara aktif mengambil bahagian dalam penyelesaian isu hangat antarabangsa, seperti bertindak sebagai pengantara konflik untuk menyambungkan semula hubungan diplomatik antara Arab Saudi dengan Iran, mendorong permuafakatan dalam gerakan islah di Palestin, mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara politik dan menjalank misi pengantaraan bagi membantu pelbagai pihak Myanmar yang terlibat dalam konflik mengadakan rundingan damai.....


China yang sentiasa bertindak untuk mewujudkan keamanan di dunia merupakan negara yang menghantar pasukan pengaman terbanyak di kalangan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.


Inisiatif Keselamatan Global yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping pada tahun 2022 menyediakan panduan untuk mengejar keamanan yang berkekalan.


Pembangunan modenisasi ala China yang dilihat sebagai pakej penyelesaian negara ini tentang penerokaan laluan pembangunan manusia, sudah menjadi tarikan bagi negara-negara yang juga beraspirasi untuk memacu pembangunan domestiknya.

Antaranya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China yang menekankan pembinaan bersama telah berkembang menjadi momentum yang kukuh untuk menggalakkan pembangunan bersama di persada dunia.


Dalam tempoh lebih sedekad yang lalu, China telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama berkait BRI yang berhubung lebih 3,000 projek kerjasama dengan lebih 150 negara dan 32 organisasi antarabangsa dengan melibatkan skala pelaburan sebanyak lebih USD1 trilion (RM 4.22 trilion).


Inisiatif Pembangunan Global yang dikemukakan oleh China pada tahun 2021 telah mendapat sokongan daripada lebih 100 negara dan lebih 20 organisasi antarabangsa setakat ini, dan 82 buah negara telah menjadi anggota kepada Kumpulan Rakan Inisiatif Pembangunan Global. 

Pada tahun 2023, China mengemukakan Inisiatif Peradaban Global yang mengandungi rujukan bagi ketersambungan tamadun yang berbeza dan hala tuju pembangunan tamadun manusia, yang turut dijadikan panduan tindakan bagi penambahbaikan tadbir urus tamadun global. 


China konsisten dalam menempuh jalan pembangunan secara damai, melakukan kerjasama secara muhibah dengan negara lain, mendorong pembangunan bersama pelbagai negara pada masa akan datang, dan yakin bahawa dunia yang berkembang kondusif bagi pembangunan China yang sebaliknya boleh membawa lebih banyak demi kemaslahatan rakyat dunia.