CCPIT Harap Selesaikan Pertikaian Perdagangan BEV dengan EU

2024-10-05 15:42:18  CRI
Share with:

Selepas keputusan muktamad negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tentang tarif tambahan yang dikenakan terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV) yang diimport dari China diluluskan dalam pengundian pada Jumaat lalu, Jurucakap Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) menyampaikan ucapan sebagai berkata bahawa perkara tersebut sudah dalam perhatian kalangan industri perdagangan China yang sentiasa memegang pendirian tegas menentang.


Sektor korporat BEV China selama ini sudah memaksimumkan keikhlasan dalam melakukan kerjasama dengan pihak Eropah sepanjang proses siasatan dan berharap agar pertikaian perdagangan itu diselesaikan dengan baik melalui pendekatan yang sesuai seperti secara "janji harga" (price undertaking) berdasarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).  


Baru-baru ini, pelbagai rombongan usahawan China tajaan CCPIT telah melawat Eropah untuk menjalankan pertukaran dengan kalangan industri dan perdagangan tempatan. Kedua-dua pihak bersepakat menyeru agar menghormati prinsip pasaran dan semangat kontrak dan menentang perlindungan perdagangan.


CCPIT akan menumpukan perhatian kepada perkembangan perkara ini, dengan aktif menyokong kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan rundingan agar pakej penyelesaian yang selaras dengan baik kepentingan masing-masing mahupun peraturan WTO dicapai dengan secepat mungkin.