Penggunaan RMB41.6 Trilion dalam Transaksi Rentas Sempadan China bagi Tempoh 8 Bulan

2024-10-06 15:36:18  CRI
Share with:

Nisbah penggunaan mata wang RMB dalam transaksi perdagangan krago China semakin meningkat. 


Demikian dimaklumkan dalam Laporan Pengantarabangsaan RMB 2024 yang dikeluarkan Bank Rakyat China mutakhir ini. 


Menurutnya, nisbah penggunaan mata wang RMB dalam transaksi perdagangan kargo direkodkan 24.8 peratus pada tahun 2023, dan mencapai 26.5 peratus dalam tempoh dari Januari hingga Ogos tahun ini. 


Dalam perdagangan perkhidmatan pula, penggunaan RMB1.2 trilion (RM725 bilion) dikesan dalam transaksi rentas sempadan dalam tempoh dari Januari hingga Ogos tahun ini. Angka itu meningkat 22.2 peratus tahun ke tahun, dan mewakili 31.8 peratus keseluruhan penggunaan mata wang asing dalam transaksi terbabit. 


Laporan itu juga menunjukkan bahawa sejak tahun ini, RMB menjadi semakin kukuh pada aspek pelaburan dan pembiayaan, terbukti dengan jualan bon China yang laris di kalangan pelabur asing. Setakat penghujung Ogos tahun ini, keseluruhan bon China yang dipegang pelabur asing direkodkan RMB4.6 trilion (RM2.77 trlion), naik 0.3 mata peratusan tahun ke tahun, sekali gus menduduki 2.7 peratus keseluruhan bon kendalian pemegang amanah di China.


Selain itu, China juga menyaksikan kemajuan dicapai dalam penggunaan RMB dalam transaksi yang terkait dengan komoditi pukal. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, penggunaan RMB dalam transaksi yang terkait dengan komoditi pukal dalam perdagangan rentas sempadan direkodkan RMB1.5 trilion (RM901.9 bilion), meningkat 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 


Pada masa sekarang, terdapat 24 produk perdagangan hadapan dan option termasuk minyak mentah dan bijih besi yang sudah tersenarai dalam pasaran China, yang boleh diakses oleh pelabur asing. Ia dipercayai boleh menyediakan rujukan dan kriteria bagi penetapan harga RMB untuk perdagangan komoditi pukal.