Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China USD3.3164 Trilion
Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara (SAFE), setakat penghujung bulan September lalu, rizab pertukaran mata wang asing China meningkat 0.86% berbanding penghujung bulan Ogos, dengan mencatat USD3.3164 trilion (RM14.2 trilion), iaitu bertambah USD28.2 bilion (RM121 bilion).
Seorang pegawai SAFE menyatakan bahawa pada bulan September lalu, indeks Dolar Amerika menurun dan harga aset kewangan sejagat melantun pada keseluruhannya. Berikutan pengaruh daripada faktor-faktor seperti kiraan kadar pertukaran yang berbeza dan perubahan harga aset, rizab pertukaran mata wang asing di China menunjukkan kecenderungan yang meningkat.