Xinjiang Jadi Tempat Pelancongan Hangat bagi Pengembara Asing
Seramai 48,000 pengembara keluar masuk wilayah Xinjiang, China semasa cuti Hari Kebangsaan (1 hingga 7 Okt), menonok 76.95 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu, menurut Stesen Pemeriksaan Pintu Keluar Masuk Xinjiang pada Isnin.
Antaranya, jumlah pelancong yang keluar masuk melalui pintu masuk Urumqi dan Horgos mencatatkan peningkatan besar.
Pada masa sama, sebanyak 17,400 kenderaan melakukan perjalanan rentas sempadan Xinjiang, meningkat 62 peratus dari tahun ke tahun.
Melancong ke Xinjiang menjadi pilihan kian ramai pelancong asing berikutan dasar pengecualian visa yang dilaksanakan kerajaan China, dan prosedur kelulusan yang mudah di pintu masuk.