PM Li Bakal Hadiri Siri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Asia Timur, Lawat Laos dan Vietnam
Atas undangan Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri China Li Qiang akan menghadiri siri Mesyuarat Pemimpin mengenai Kerjasama Asia Timur yang bakal diadakan di Vientiane, Laos yang merupakan negara pengerusi bergilir ASEAN, bermula 9 hingga 12 Oktober.
Siri mesyuarat berkenaan merangkumi sesi ke-27 Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China (10+1), sesi ke-27 Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), serta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-19.
Seterusnya PM Li akan mengadakan lawatan rasmi di Laos, dan kemudian melanjutkan jadual lawatan rasmi ke Vietnam pada 12 hingga 14 Oktober atas undangan rakan sejawatnya dari Vietnam, Phạm Minh Chinh.