China Perkenalkan Siri Dasar untuk Dorong Pertumbuhan Ekonomi

2024-10-08 15:29:43  CRI
Share with:

Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, Zheng Shanjie menyatakan bahawa kerajaan China akan giat memperkenalkan siri dasar untuk mendorong pertumbunan ekonomi ke arah yang baik secara berterusan.


Dalam sidang media jabatan penerangan Dewan Negara China yang diadakan hari ini, Zheng menyatakan bahawa siri dasar berkenaan merangkumi lima aspek, iaitu mengukuhkan kawalan makro pada saat "counter-cyclical"demi mengatasi tekanan dalam pengoperasian ekonomi yang merosot,  menumpukan kepada penggubalan dasar yang mempunyai kaitan dengan hidup rakyat dan penggalakan penggunaan, meningkatkan bantuan dan sokongan kepada sektor korporat sambil memperbaiki suasana perniagaan, berusaha menggalakkan perkembangan pasaran hartanah dan merangsang pasaran modal.